Saturday 2 July 2011

Resepi Rahsia...Bawa Hingga Mati...

Suatu Pagi.....

" Assalamualaikum...! Mak Nah balik dulu ya!"   Aku berlalu  meninggalkan ibu yang masih duduk di meja makan.  Jam di tangan hampir 10.30 pagi.  Aku harus pulang ke rumah,  kerana nak hantar anak bongsu ku ke sekolah (sesi petang).  

"Hoiiii.... cik kak. Awak bawak balik sambal tumis saya ke!?"  Mak Dah bersuara di ruang tamu.
"Dah  tentu laahh.." Aku menjawab sambil membuat muka selamba.
"Patutlah awak suruh saya  masak lebih ya?"  Mak Dah bangun meninggalkan komputernya menuju ke arah Mak Nah untuk bersalam. Aku hanya tersenyum.


"Mak Nah! tunggu jap...saya nak cerita pasal dik Elly."  Berkata  Mak Uteh yang baru keluar dari bilik air di bilik bawah. Aku pun duduk sebentar di ruang tamu.  Sebenarnya terasa rugi kalau tak dengar Uteh berdongeng. Maklumlah bab tu ( kemahiran - pandai bercerita) dari arwah abah, dia lah yang mewarisinya.  Mak Uteh berjaya menahan kepulangan ku dengan menceritakan serba ringkas mengenai anak sulung arwah busu.  Kisah dik Elly yang berhajat nak membuat amal ketika bulan Ramadhan yang hampir tiba.


Selesai sahaja Mak Uteh bercerita, aku pun mengatur langkah untuk pulang. Tak pun sampai 3 langkah aku pun berkata dengan  sedikit gaya lagak bangga dan eksen  :  " Eh!awak orang tau tak?  Seingat aku...arwah mak busu, ada bagi aku beberapa petua masak sambal tumis sedap!  dan mengancam! dan pasti kau orang menjilat jari  ooooo. Anak diaaa pun tak tau.....hehehe...  Masa tu dik Elly  belajar kat negeri orang putih dan masa tu, aku duk kat Seromban dan masa tu, busu duk kat Pilah." 




Tiba-tiba ibu muncul dari dapur dan bersuara sambil mencebekkan sedikit mulutnya, seakan menempelak aku "Ha'alaaah...tak pernah... ibu rasa  sambal tumis yang awak masak macam mak busu pun!
"Eeehhh...! mana boleh masak.  Kan Tu Rahsia!"   Pantas aku menjawab diakhiri dengan sedikit terkekeh.
"Hahahaha.... betullah tu Resepi Rahsia... Bawak Hingga Ke Mati... hiii ...eee...kiiiiii" Geli hati Mak Dah ketika memberi komen.






Maka Gegak Gempitalah ruang tamu sebuah keluarga di Ulu Kelang dengan gelak tawa penghuninya.
Tanpa berlengah masa aku pun pulang setelah jam di tangan menunjukkan 15 minit lagi ke 11.00 pagi.
Moga ikatan kekeluargaan kami bertambah kukuh dan mesra walau pun ada ketikanya kami sibuk dengan urusan harian dan macam-macam lagi urusan dunia dan akhirat.  Amin