Saturday 2 July 2011

Resepi Rahsia...Bawa Hingga Mati...

Suatu Pagi.....

" Assalamualaikum...! Mak Nah balik dulu ya!"   Aku berlalu  meninggalkan ibu yang masih duduk di meja makan.  Jam di tangan hampir 10.30 pagi.  Aku harus pulang ke rumah,  kerana nak hantar anak bongsu ku ke sekolah (sesi petang).  

"Hoiiii.... cik kak. Awak bawak balik sambal tumis saya ke!?"  Mak Dah bersuara di ruang tamu.
"Dah  tentu laahh.." Aku menjawab sambil membuat muka selamba.
"Patutlah awak suruh saya  masak lebih ya?"  Mak Dah bangun meninggalkan komputernya menuju ke arah Mak Nah untuk bersalam. Aku hanya tersenyum.


"Mak Nah! tunggu jap...saya nak cerita pasal dik Elly."  Berkata  Mak Uteh yang baru keluar dari bilik air di bilik bawah. Aku pun duduk sebentar di ruang tamu.  Sebenarnya terasa rugi kalau tak dengar Uteh berdongeng. Maklumlah bab tu ( kemahiran - pandai bercerita) dari arwah abah, dia lah yang mewarisinya.  Mak Uteh berjaya menahan kepulangan ku dengan menceritakan serba ringkas mengenai anak sulung arwah busu.  Kisah dik Elly yang berhajat nak membuat amal ketika bulan Ramadhan yang hampir tiba.


Selesai sahaja Mak Uteh bercerita, aku pun mengatur langkah untuk pulang. Tak pun sampai 3 langkah aku pun berkata dengan  sedikit gaya lagak bangga dan eksen  :  " Eh!awak orang tau tak?  Seingat aku...arwah mak busu, ada bagi aku beberapa petua masak sambal tumis sedap!  dan mengancam! dan pasti kau orang menjilat jari  ooooo. Anak diaaa pun tak tau.....hehehe...  Masa tu dik Elly  belajar kat negeri orang putih dan masa tu, aku duk kat Seromban dan masa tu, busu duk kat Pilah." 




Tiba-tiba ibu muncul dari dapur dan bersuara sambil mencebekkan sedikit mulutnya, seakan menempelak aku "Ha'alaaah...tak pernah... ibu rasa  sambal tumis yang awak masak macam mak busu pun!
"Eeehhh...! mana boleh masak.  Kan Tu Rahsia!"   Pantas aku menjawab diakhiri dengan sedikit terkekeh.
"Hahahaha.... betullah tu Resepi Rahsia... Bawak Hingga Ke Mati... hiii ...eee...kiiiiii" Geli hati Mak Dah ketika memberi komen.






Maka Gegak Gempitalah ruang tamu sebuah keluarga di Ulu Kelang dengan gelak tawa penghuninya.
Tanpa berlengah masa aku pun pulang setelah jam di tangan menunjukkan 15 minit lagi ke 11.00 pagi.
Moga ikatan kekeluargaan kami bertambah kukuh dan mesra walau pun ada ketikanya kami sibuk dengan urusan harian dan macam-macam lagi urusan dunia dan akhirat.  Amin
 

                                                   

Tuesday 14 June 2011

3 HARI 2 MALAM

TIGA HARI 2 MALAM DI JOHOR BAHRU.

Minggu lepas ikut JAR ke JB.


  Tidur rumah mak long Ahad.
 Chef Su masak sarapan pagi isnin.....menunya siimple je.   Nasi  Goreng +  Air Kopi
semua bumbunya ditumbuk dalam lesung.


Menu kegemaran Imad Cool:
Karipap + Roti Jala + Kuah Kari + Air Suam.
Chef !? di gerai berhampiran rumah mak long.


Chef Su sempat bekalkan kami lauk untuk tengahari.
Bekal membekal ni selalunya : bila balik dari rumah Mak Long n Arwah Mak Busu.  
Nasi Putih + Gulai  Ikan Asam Pedas + Kobis + Sambal Belacan + Ikan Goreng.
Semua bumbunya di tumbuk dalam lesung.(kecuali IG).
Menu tambahan : Sup Tulang Kambing....Kegemaran Abg Omar.
Kabarnya Yan beli di Bukit Alif... Huuh terangkat....
Abg Omar cerewet pasal makan.  Tapi kalau dia makan, maknanya memang sedap!
Terkilan tak dapat bawak balik Murtabak Singapura Gerai depan Pantai Lido dekat ngan English College.
Gerai tutup ari Ahad. 
Abg Omar kata sekarang ada jual yang beku...nanti senang bawak balik.


Singgah Larkin ziarah Mak Ngah tak sihat...
Arwah Abah pernah kata :  Elok jengguk ketika orang sakit masih ingat dan kenal kita.....
Ziarah orang sakit sunat hukumnya dan berdoalah:
" Aku memohon keada Allah Yang Maha Besar yang memiliki Arasy yang mulia supaya menyembuhi kamu".
Amin.

Sunday 12 June 2011

Singapore!..Singapura?...BEST! ....tapi....Tak Beesstt....

15 Jun Kak Rina n Abg Fatih balik.... Imad dah tak sabar .... asyik kira hari nak jemput Kak Rina-(KLIA dr Jkt jam 7.25 mlm) n Abg Fatih- (LCCT dr Bandung jam 3.45 ptg).  Abah ambil cuti, tapi imad hanya boleh ambil Kak Rina sebab sekolah....Smile n Babbaem turut sebut-sebut kakak-kakak n abg-abg termasuk : A.Ras; AbBaid.AbAz.


Abah rancang nak ajak pergi ke Singapura.  ' Ronda-Ronda ' n pergi ziarah auntie Sarah. Seingat ummi hampir 7 tahun tak jumpa...apa khabar adik abah n family singapure ye. Sudah pasti Kak Rina n Abg Fatih gembira tak terkata..... tapi bila Imad Cool tiba-tiba kata "Best.!..... tapi sebenarnya tak terasa bestlahhhh....kakak tak ada! " Suaranya seolah-olah separuh gembira dan ada sedikit terkeluh  kerana Kakak (UI- Depok, Jkt) tak dapat balik cuti awal. 


"Kalau nak tunggu semua ada...., tak berjalanlah kita..." Muka Imad sedikit monyok bila  dengar abah yang agak bertegas dengan rancangannya.  Ummi sendiri, dari awal lagi... semacam ( taklah dua macam ) - tak setuju cadangan abah.  Ummi urungkan kata-kata tu, tapi sedikit bersyukur bila Imad yang menyuarakan sedikit apa yang terdetik dalam hati ummi.  (Maklumlah perasaan seorang ibu, tak boleh disangkal akan ketulinan rasa ingin berkumpul dan sentiasa bersama-sama dengan anak-anak.).

Bila Imad sebut kakak ...ummi teringat dan terbayang akan kemesraan mereka berdua.  Contohnya ketika  mereka bergurau; bersembang; bergaduh ....Rapatnya tak di nafikan sehingga ditakdirkan Allah : Demam Denggi  dan duk sebilik kat hospital.... Terima kasih kpd yg melawat mereka (kgg &co) selain dari keluarga terdekat.

Walau apa pun, Ummi selalu ingat Penentu Terbaik apa jua rancangan kita adalah Allah.  Ummi selalu  berharap apa jua yang kita rancang moga dapat keredhaan dan jua peroleh berkah dari  Allah  jua.  Moga anak-anak tidak lupa akan pesanan ummi, agar sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Walaupun kita dah rancangkan dari awal.

Hah.... ummi dah kehabisan idea...
Moga kita bertemu lagi...Insya Allah
Bagi yang terjengah-jengah apalah yang disembang dan celotehkan mak ngah: TQ
Akhir sekali apa jua yang kita lakukan seharian hari ini, esok, lusa dan seterusnya (Jika nafas ini masih belum diambil oleh (Allah).
Hendaknya sentiasalah kita bersyukur kehadrat Allah, bukan saja ketika senang...malah ketika kita susah: elakkan dari keluh kesah agar kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa bersyukur...Amin.

Surah Az-Zumar 65-66:
" Dan sungguh, telah diwahyukan kepada mu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelum mu,  "Sungguh, jika engkau mempersekutukan Allah, nescaya akan hapuslah amal mu dan tentulah engkau termasuk orang yang rugi. Kerana itu, hendaklah Allah saja yang engkau sembah dan hendaklah engkau temasuk orang yang bersyukur"




Thursday 19 May 2011

ALHAMDULILLAH, PUNYA SUAMI PERIHATIN....

"Ummi tak sihat, pening kepala dan sakit perut.."   Itulah pesanan sms yang dikirim kepada (JAR) suamiku, jam 1.30 petang.  Kebetulan JAR buat audit  kat pejabat KLIA.  Tak sampai 5 minit, ku terima balasan darinya "Okey" ringkas je. 

Dalam otak berfikir juga... tu je dia jawab?  Tak naklah.... talipon kejap, tanya kabar kita yang menonggeng sakit perut dan  pening kepala ...rasa macam nak muntah pun ada...!  Mesti dia tengah makan dengan kawan atau .....audit tak abis lagi  ke?  Ishhhh!..apalak berprasangka macam tu sekali....." Astafirullah!...."  


Tanganku menarik laci meja study yang sedepa jaraknya dari katil, mencari ubat sakit perut -' Pil Chi Kit Teck Aun'.  Ubat bekalan (sakit perut) dari 'Bomoh Geee' (BeeGee), udah jadi milik Reeen si anak Anyer. Tak teringat nak minta ubat sakit perut semasa singgah jumpa Bee Gee di klinik Bt 9, Cheras pagi tadi.  Taklah disangka sebegini teruknya. Entah makan apa ya....?  Agaknya makan sambal belacan banyak sangat semasa buka puasa.  Taklah boleh menyalahkan orang yang membuat sambal.  Salah diri sendiri.  Kalau BeeGee tau mesti kata " Makan banyak2! bocor perut jangan minta ubat kat aku!"  Biasanya aku akan hanya tersengeh. Walau selalu kena leter dengan BeeGee,  aku akan tetap dapat ubat yang baik punya.... Heeee.

Selepas makan ubat, aku cuba lelapkan mata.  Dalam posisi badan baring merekut... aku terjaga. Handphone  di meja berbunyi.   JAR di talian.  " Dah okey?...  Saya ambil Imad dan terus pi "Seniman Cornet".  Awak nak makan apa?"  Dengan suara yang lemah aku menjawab " Apa-apa jelah...."

"Ummiii...."  suara Imad perlahan, berdiri di tepi katil. "Sakit Perut lagi?  Abah belikan ummi mee sop, nak makan sekarang ke?  Abah goreng telur dadar... ummi nak? Jomlah makan sama..."   Imad berlalu setelah menerima pesanan agar makan dahulu dan tinggalkan sedikit telur dadar.

Semasa JAR dan Imad pulang dari Giant beli barang, aku sedang makan sedikt mee sop dan ....."uuhh!.. masinnya telor dadar ni...."  JAR menjawab "Tak pandai nak anggarlah kalau garam halus tak de.... tu yang saya gi beli garam halus."  Baru aku teringat... kalau JAR masak, mesti guna garam halus..... dan kalau lauk yang aku masak tawar, dia tak pernah komen.  Tapi bila lihat dia buh garam dalam mangkuk lauk ...taulah aku ..........


Ketika sujud aku berdoa: 


Ya Rabbiii. 
Ku panjatkan syukur kehadrat Ilahi.
Merasai nikmat  punya suami.
Prihatin dan punya hati nurani.


Ya...Rabbi,
Kau tautkanlah hati kami.
Dengan ikatan kasih suci lagi murni.
Agar hidup kami sentiasa harmoni.


Ya Rabbii,
Tutupkanlah pintu hati kami
Dari sikap mau menghianati
Rumah tangga yang kami bina ini.


Ya...Rabbiii,
Tutup rapatkan pintu  si penyakit hati
Punya niat mau mencerobohi
Kehidupan bahagia yang kami miliki.


Ya Rabbii...
Kepada MU lah harapan kami
Agar bahtera kasih sayang yang kami layari, 
Akan berkekalan di syurga Mu nanti


Amin...Amin ya Rabbi ........

Saturday 14 May 2011

ELAKKAN DIRI DARIPADA FITNAH

Diriwayatkan dari Asma' binti Abu Bakar, bahawa dia biasa menjunjung biji-bijian di atas kepalanya untuk makanan kuda milik suaminya, Zubair bin Awwam, dari sebuah kebun yang jaraknya lebih kurang 8 km. Suatu ketika Rasulullah saw pernah melihatnya sedang menjunjung biji-bijian tersebut.  Rasulullah ingin membantunya dengan memboncengkannya naik ke atas unta baginda.  Sebenarnya tawaran Rasulullah itu memang sangat diidam-idamkan, bagi memudahkan perjalanannya.  Namun apabila dia teringat akan kecemburuan suaminya, maka diapun mengurungkan niatnya dengan mengemukakan alasannya kepada Rasulullah saw.  Sesampainya di rumah, diceritakan kepada suaminya akan hal itu.  Lalu suaminya berkata: "Demi Allah, aku rela kamu berjalan dengan menjunjung biji-bijian diatas kepala mu.  Sesungguhnya aku rasa lebih berat lagi sekiranya kamu membonceng unta Rasulullah saw." 
( Sahih Bukhari)
     Wahai insan,
     Dari kisah di atas, marilah kita amalkan ayat Allah yang mulia berikut: Surah At Tahrim [66]:6: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api nereka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar; yang keras; yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
     
   Rasulullah saw tidak berkecil hati dengan alasan Asma' menolak pertolongan baginda.  Rasulullah juga tidak menyalahkan sikap cemburu Zubair.  Beginilah hidup orang-orang beriman.  Berpegang teguh kepada agama Islam.  Menjadikan Al Quran panduan hidup.  

     Zubair dan Asma' merupakan orang-orang yang tergolong dalam ayat di atas, iaitu orang-orang yang beriman yang memelihara dirinya dan keluarganya dari api neraka serta mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah.

     Perhatikanlah sikap Asma' Binti Abu Bakar:- 
  * Sentiasa berhati-hati dalam tindakannya.
  * Menjaga maruahnya dan suaminya 
  * Cuba mengelakkan terjadinya fitnah.
  * Menceritakan hal-hal yang terjadi ke atas dirinya kepada suaminya.
  * Secara hikmah dan jujur menolak anjuran Rasulullah saw dengan memberikan 
     alasan yang benar.
     
     Perhatikanlah sikap Zubair Bin Awwam:-
     Sikap cemburunya :
  * Lambang kasih sayang terhadap isterinya.
  * Amat bersyukur punya isteri yang pandai mengelakkan diri dari berlakunya fitnah.
  * Suka berterus terang akan perasaannya terhadap isterinya adalah suatu komunikasi  
     yang baik.

Sungguh pun Zubair amat mengenali Rasulullah saw dan mengetahui akan akhlak Rasulullah saw, namun Zubair tetap memelihara diri dan keluarga serta hartanya, bukan sahaja dari api neraka, malah telah mengelakkan berlakunya fitnah.  

    Beginilah kerukunan rumah tangga dikalangan generasi awal.  Ia boleh dijadikan contoh dalam kehidupan seharian kita agar menjadi keluarga yang mawaddah warahmah.  Seharusnya ayat dari surah At Tahrim ini menjadi panduan dan amalan hidup, agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
      
     Kisah ini juga memberi peringatan terutamanya kepada kaum lelaki dan wanita yang belum atau sudah berumah tangga.   Terutamanya kepada mereka yang berkerja.  Terutamanya yang menumpang kereta  ke tempat kerja atau 'out station'.  
      
       Ada banyak hal yang perlu kita jaga dan boleh elakkan, agar tidak terjadinya fitnah.  Terpenting sekali, agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak memelihara diri dan keluarga dari api neraka.
  
      Allah kurniakan kita akal fikiran.  Maka kita seharusnya menggunakannya sebelum membuat keputusan.  Kita tidak menginginkan suatu penyesalan berlaku dalam kehidupan dek kesilapan kita sendiri.  
      
WALLAHUALAM.     
             
Petikan buku Az-Zauj Adz-Dzakiy & Az-Zaujah Adz-Dzakiyyah (Rasya 'Abdus Sami')

Thursday 28 April 2011

Katil Fatih bergoncang ketika membaca Al Quran.....Takutnya!

26 April, 2011. Jam 9 mlm . Telefon Fatih di Lembang, Bandung.

Nenek belanja makan di Restoran Bakso

Dari Kota Kinaballu Internasional Airport, Mak Long & Co. ajak ummi makan di Restoran Salim.  Kami makan roti nan + kari kambing.  Air teh tarik madras. Tambah lagi rojak pesembor.  Alhamdulillah sedap.  Sebelum balik, oder 1 bungkus rojak pesembor dan 1 keping roti nan (Buat Himmah, kalau terbangun). 

Hand Phone bermode Loud Speaker:
"Ummi! Hari ini, Fatih tak pergi sekolah, sebab masih demam. Katil Fatihkan kat atas, (katil 2 tingkat). Tengahari tadi fatih teruskan menghafal surah Baqarah dari ayat 103 hingga ayat 130. Alhamdulillah walaupun kepala sakit, fatih dapatlah hafal. Fatih teringat, ummi pesan kat kak rina bila sakit : " Ketika kita sakit, cuba laratkan baca Al Quran, insyallah bukan sahaja Allah akan mengurangkan beban sakit yang kita alami, bahkan terasa Allah sentiasa bersama kita dan Allah akan mudahkan serta akan bantu kita dalam semua urusan hidup, samada kita susah atau senang.  Sebab kita ingat Allah ketika kita sakit atau sihat." jadi fatih nak cubalah."

"Tiba-tiba, Fatih rasaaa ...katil fatih bergoncang. Fatih ingatkan hantu yang goncangkan, sebab bila kita baca surah Al Baqarah, kan macam kita nak halau syaitan dan jin..... Huhh uuuu takut ummi.... Fatih cakap kat diri fatih : "Fatih kena kuat semangat!"  Tapi Fatih terjun ke bawah dan lari keluar bilik, terjumpa teman-teman, dan ustaz.  Barulah tau gempa bumi rupa-rupanya. Fatih rasa legaa miii."   

Tergelak besar Pak Long, Mak Long, Ummi dan Khodijah dalam kereta, (Himmah tak berespond, kerna udah tidur bah...).  Ketika itu, kami dalam perjalanan pulang ke rumah Mak Long.

Fatiiih....Fatih....,
Walau bagaimana pun ummi doakan fatih cepat sembuh dan boleh selesaikan hafal sehingga juz' 2.   Amin.

Thursday 21 April 2011

Ingin Tahu…? Si Tokek dengan Nabi Ibrahim as.

Apahal pula si tokek ada dalam cerita Nabi Ibrahim as?
Tercatatlah cerita menarik dari kisah Nabi Ibrahim as yang diselamatkan Allah dari terbakar oleh api. Sebagaimana Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Abdullah bin Musa, Rasulullah saw memerintahkan membunuh tokek.
"Tokek itulah yang dahulunya meniup api Ibrahim (agar tidak padam)."
Aisyah ra telah meriwayatkan :
"Bunuhlah tokek kerana (binatang itu) yang telah meniup api yang digunakan untuk membakar Ibrahim"
(Hadis Riwayat Ahmad dengan sanad Dhaif)
Ungkapan yang sama diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali:
"Ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api, semua haiwan di muka bumi ini berusaha memadamkan api tersebut, kecuali tokek yang berusaha meniupnya."
Wa Allahu A'lam.
(situs-situs dalam Al Quran)
===================================================================

Mari Kenali Si Tokek:
Nama saintifik : Gekko Gecko
Kelas haiwan : Reptilia dan Suborder Sauria iaitu semua reptilia bersisik kecuali ular.
Rekod Sains : Tokek Jantan boleh mencapai saiz 30 hingga 40 sentimeter.
Tokek Betina bersaiz 20 hingga 30 sentimeter.
Berat Tokek Dewasa : 150 hingga 300 gm
Kulitnya berwarna: Kebiru-birua, kelabu bintik-bintik kuning, oren, cokelat atau merah tua
Matanya : Cokelat atau cokelat-kehijauan dengan anak mata tegak memanjang.
Makanan: Serangga dan haiwan-haiwan vertebrata kecil seperti katak, tikus.
Umur : 7 hingga 10 tahun. Terdapat tokek peliharaan menjangkau umur 18 tahun.
Fakta dari Kunakians.
Spisis ini boleh dijadikan sebagai mata pencarian, kerana harga Tokek boleh mencecah RM 1 juta sekilogram. Tapi apabila 999- TV3 mengisahkan si penangkap tokek, telah menjadi mangsa bunuh pulak….. maka fikir-fikirkanlah apa yang kita nak buat. Janganlah…. nak cepat kaya tapi tak dapat apa-apa. 
 

Sunday 20 March 2011

Bila Imad, Si Mat Cool Bertanya.....

Kisah satu 
Bentak tu apa mi…?”  Imad bertanya  ketika aku menyidai baju di luar hadapan rumah.
“ Mmm.. macam Imad tak puas hati apabila abah cabut plug TV.  Pada hal Imad dah setkan ‘ record ‘ pada rancangan kartun  ‘One Piece’.”  Kemudian aku hentakkan kaki  ke lantai beberapa kali,   Tum…tum..tum.. .  bunyinya.  
“ Nanti Imad tak tahulah apa ceritanya!“  Nada suara ku seperti orang merungut  sambil memuncungkan mulut, mengecilkan mata dan mengerutkan kening, mengajuk cara yang selalu dilakukan Imad , setiap kali dia  tidak berpuas hati.
Imad ketawa terkekek-kekek gelihati dengan lagakku.  Mungkin membayangkan betapa ‘buruknya’ rupa dia  ketika mogok.
“ Alah…. ummi niiii.. wakaka. ”  Aku pun turut ketawa bersama, memecah suasana sunyi  selepas  bersarapan pagi.
Ku usap rambutnya yang sememangnya tegak mencacak. 
“Imad tau tak?  Kalau hari-hari Imad hentak kaki macam tu, nanti berlubang semua lantai rumah kita.    Berdosa tau kalau Imad marah abah macam tu.  Abahkan dah cakap,  abah ‘off ‘ dan cabut plug, sebab nak elak dari terkena petir.  Ingat tak masa kita terlupa nak tutup dan cabut plug?   Rosak modem internet  dan fius utama terbakar .  Bergelap lima jam kita menunggu pekerja TNB datang.  Rugi ooo.. kalau  Malaikat Raqib dah catat apa yang Imad buat kat abah.  Imad dah minta maaf dengan abah belum?”
“ Dah ummi…” Imad tersengeh.
“ Ummi percaya Malaikat ‘Atid beri banyak pahala kepada Imad, sebab Imad dah minta maaf kat abah.”
Tanpa menjawab apa-apa Imad berlalu masuk ke rumah.  Dari luar, aku dapat melihat melalui pintu “sliding“ Imad duduk di sofa panjang di ruang tamu.
Begitulah kebiasaan Imad.   Suka mengekori  ke mana jua aku pergi.  Kalau di dapur,  Imad akan duduk bermain dengan “Turtle”nya.  Kalau aku menonton TV di ruang tamu, Imad akan duduk  menonton sama atau duduk di sudut ruang tamu menyelesaikan kerja sekolahnya, atau melukis , atau terbaring sambil membaca  buku di sofa panjang.   
Ketika aku di bilik tidur utama, Imad akan menonton tv atau berposisi menonggeng atau meniarap membaca buku atau melukis.  Begitulah bila kami tinggal berdua sahaja, sewaktu suamiku pergi kerja ke pejabat atau “out station” atau pergi ke padang golf.
Itulah , Imad anak bongsuku... Imad si Mat Cool.

 

Kisah Dua 

Sedang asyik aku menjahit kain batik pemberian pak busu Fahmi sebulan yang lalu.  Imad datang mengadap.Aku u hentikan dan menekan suis “off” di mesin jahit.  Di tangannya  ada buku  cerita “Cili Padi” , penulisnya bernama Z.A.Imad.   Baru  aku ingat , petang itu, waktu singgah ke kedai buku MPH ,  Imad beria-ia meminta abahnya membelikan buku tersebut.  Aku hairan kerana selalunya Imad minta belikan buku komik naruto.  Bila ku tanya kenapa nak beli buku itu, Imad kata “ Penulis buku itu namanya sama dengan Imad!”    
“Nak apa mad?”  tanyaku perlahan.
“ Boleh tanya?” Imad tersengeh di depan ku.
“Hmm, apa dia?”  Ku perhatikan Imad menyelak beberapa helaian dari buku yang dibacanya.
“Haa! Apa makna angan-angan?”
“ Angan-angan…….Haa! dalam fikiran Imad sekarang ni, Imad ada terfikir, bila abah balik nanti, Imad nak minta abah belikan sepucuk pistol mainan yang ada peluru.   Imad nak pergi ikut abah bila abah ada kerja di Kangar.  Imad nak pergi ke rumah mak tok Nali.  Imad nak tembak ayam, nak tembak kucing.  Bestkan…kan, kan.   Tapi Imad nak simpan di mana pistol itu ya?  Imad perlu mencari tempat yang tinggi supaya Ismaiel  tidak nampak dan tidak jumpa.  Nanti kalau Ismaiel jumpa habislah….apa akan jadi… mungkin pistol tu akan cepat rosak atau mungkin pistol tu, Ismaiel akan kata dia yang punya dan terus dibawa pulang ke rumah pulang. Benda yang belum berlaku tapi Imad dah membayangkannya itu lah namanya angan-angan.”
“Ha Ha ha ha”. Imad ketawa besar mendengar penjelasan ku.  Begitulah jawapan yang aku beri, apabila ditanya anak-anak supaya mereka faham.  Akhirnya aku dan Imad ketawa bersama.  
Mataku melirik memandang riak wajah Imad.  Imad  bangun dan  terus baring di katil ku.  Aku pun terfikir,  inilah peluang untuk mentarbiyahnya.  Lalu aku kaitkan dengan cerita  tadi.
“  Bila abah balik…. Abah tak nak belikan.  sebab pertama:  Imad nak tembak binatang.  Bukan sahaja sakit binatang tu, Imad dapat dosa.   Kedua : Imad bersifat bakhil macam Pak Haji Bakhil dalam cerita P. Ramli.  LOKEK!   Sepatutnya Imad beli  apa juga mainan, mesti  ingat adik Ismaiel, Ibrahim dan Himmah. Mereka tukan adik Imad , sebab Imad dan mereka menyusu dengan Mak Long.   Imad kena sayang mereka.  Imad perlu jaga mereka.”
Bila ku lihat Imad tersenyum sambil menutup mukanya dengan buku yang dibaca, aku bangun dari kerusi di mesin jahit,  menuju ke tempat pembaringan Imad.  Aku duduk di birai katil bersebelahan  Imad. Aku teruskan cerita ku dengan nada suara yang besar dan penuh ekspresi.
“Umi  pun sujud  syukur pada Allah, kerana Allah telah menutup pintu hati abah untuk  tidak bermurah hati,  membelikan Imad pistol.  Maka terselamatlah Imad dari berbuat dosa.  Maka terselamatlah juga Imad dari godaan syaitan.  Itu tandanya Allah sayangkan Imad.  Abah sayangkan Imad.  Ummi sayangkan Imad.”
“Amin!  Amin!... Amin….Amin.”    Sambil tangan ku sapukan ke muka ku, kemudian di muka Imad pula.
Kalau anak sulong ku, Halimah Afiffah ada tentu akan  turut ketawa  sambil mengkategorikan apa yang aku ceritakan tadi sebagai ‘dongeng nasihat mak ngah.

@@@@@@@
Sebagai seorang ibu, aku percaya komunikasi dengan anak-anak penting untuk memupuk hubungan yang erat di dalam keluarga.  Ciptakan suasana komunikasi bersama anak dalam keadaan mesra, tidak  kaku dan jangan terlalu ‘skema’.  BBerusaha untuk melayani dan menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka akan menjadikan mereka merasa di hargai dan tidak diabaikan.

Wednesday 16 March 2011

haa..haa..antu kut...mcm2 boleh jadi...hii

 Kisah antu kut nak gek ikut abah pi keje ke Ipoh n Penang.
Dari Ipoh jam 6 ptg.
Naza tak sihat...sikit je, abah kenalah "pandu perlahan" 
bukan mcm selalu:" pandu laju, asal jiwa selamat dan cepat sampai"

 
Ngantok...nak jalan pun dah tak larat. Perut lapar, ikut je.
haa..tak ramai orang pun!
Lihat jam di tangan.. ooh dah 10.10 mlm.
Okeylah...makanan yang diorder cepat dimasak. 




  order nasi goreng biasa.... tapi macam 
nasi goreng sayur je...
Nasi Goreng sama banyak ngan Sayur
sempatlah ketepikan sayur...tapi kena marah ngan abah.
nak tak nak, kena telan gek...tapi tak leh abis, nasi banyak sangat.
senoonya tak leh nak telan...sebab sayur....
kalau Ateh, Anjang, Mama ada mezti kene makan ooo..
Ude marah gek, tapi ude bezt sikit..ude suka sayur... 
nanti ude boleh ambil sayur kat nasi 


hajat nak oder makanan tuk bawa balik
tapi...tengoklah kat belakang tu member restoran ....dah mop lantai...
tukang masak dah angkat kaki.. pulang. 
haaaa haaa kedai nak tutuplah...
kat mana nak cari makan lagi...yaaa


Alhamdulillah, abah berhenti kat sini....nak beli air mineral..
heee...ada peluang beli makanan.
mmmmm beli roti sambal ikan bilis.....
buat mengalas perut petang esok,
sementara tunggu abah abis kerja jam 6 petang...
mcm tulah kalau ikut abah.... duk berkubang kat dlm bilik hotel je.
Lepas abah balik kerja baru boleh jalan.
habis dah cerita antu kut....

(kucingorengemok:  dah tau apa makna antu kutkan!?) 











Saturday 12 March 2011

HARAPANKU 10 TAHUN KEHADAPAN



Khas buat anak-anak tersayang.
Ummi insan biasa. Tak punya apa-apa keistimewaan. Punya banyak kelemahan. 10 tahun akan datang usia ummi sudah menjangkau usia 60an.  Entahkah hidup,  entahkah mati.  Walau apa pun ketentuan Allah, ummi tetap mempunyai harapan, agar anak-anak ummi akan menjadi anak yang Soleh.  Saling berkasih sayang dan sentiasa berhubung, walau jauh mana tempat tinggal kalian. Tak kira siapa yang tua atau yang muda sentiasa memberikan nasihat.  Mungkin ketika itu, ada di antara kalian yang "...punya uang berjuta-juta.." harus punya sifat pemurah. 


Kalian harus berpegang teguh pada AlQuran dan As Sunnah.


Ummi juga berharap di beri kesempatan oleh Allah, untuk melihat anak-anak ummi hidup di dalam keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Ummi dapat menimang dan mendengar gelak tawa cucu cucu yang menghiburkan.


Ummi sentiasa berdoa.  "Ya ....Allah,  aku insan yang lemah di sisi Mu.  Harapan ku, pada Mu yang Maha Pemurah agar ampunkan dosa-dosa ku, suamiku, anak-anak ku: Halimah 'Afiffah; Khairina; Abdullah Fatih dan Muhammad 'Imaduddin.  Harmonikanlah hidup kami dengan deen Mu. Kekalkanlah Iman kami sehingga kami dipanggil pulang oleh Mu.  Himpunkanlah kami, Ya Allah, di syurga Mu nanti..... Amin."