Tuesday 14 June 2011

3 HARI 2 MALAM

TIGA HARI 2 MALAM DI JOHOR BAHRU.

Minggu lepas ikut JAR ke JB.


  Tidur rumah mak long Ahad.
 Chef Su masak sarapan pagi isnin.....menunya siimple je.   Nasi  Goreng +  Air Kopi
semua bumbunya ditumbuk dalam lesung.


Menu kegemaran Imad Cool:
Karipap + Roti Jala + Kuah Kari + Air Suam.
Chef !? di gerai berhampiran rumah mak long.


Chef Su sempat bekalkan kami lauk untuk tengahari.
Bekal membekal ni selalunya : bila balik dari rumah Mak Long n Arwah Mak Busu.  
Nasi Putih + Gulai  Ikan Asam Pedas + Kobis + Sambal Belacan + Ikan Goreng.
Semua bumbunya di tumbuk dalam lesung.(kecuali IG).
Menu tambahan : Sup Tulang Kambing....Kegemaran Abg Omar.
Kabarnya Yan beli di Bukit Alif... Huuh terangkat....
Abg Omar cerewet pasal makan.  Tapi kalau dia makan, maknanya memang sedap!
Terkilan tak dapat bawak balik Murtabak Singapura Gerai depan Pantai Lido dekat ngan English College.
Gerai tutup ari Ahad. 
Abg Omar kata sekarang ada jual yang beku...nanti senang bawak balik.


Singgah Larkin ziarah Mak Ngah tak sihat...
Arwah Abah pernah kata :  Elok jengguk ketika orang sakit masih ingat dan kenal kita.....
Ziarah orang sakit sunat hukumnya dan berdoalah:
" Aku memohon keada Allah Yang Maha Besar yang memiliki Arasy yang mulia supaya menyembuhi kamu".
Amin.

8 comments:

  1. Tak baik buat kita kecuq ayaq liuq tau..

    ReplyDelete
  2. sambal belacan ada dlm peti sejuk..... nak buat sahur esok bolehlah

    ReplyDelete
  3. Ummi Nisa..
    walaupun nampak memang simple sangat lauk tu tapi lauk itulah yang tersedappppp...
    kita dah terliur.... rasanya nak ke pasar dan masak menu yang sama....

    ReplyDelete
  4. jom ambik kak su duduk kl jadi tukang masak zon sepang-kajang-keramat

    ReplyDelete
  5. Ibu n Abah:
    Maaf, ari ni baru ada masa sikit duk jengah blog.
    moga berselera....

    ReplyDelete
  6. Hai cik kucingorengemuk;
    kalau k.su sanggup sain kontrak tak de halkan...

    ReplyDelete
  7. Assalam ummi,
    thanks sudi keblog kita yang tak seberapa tu ya..nice blog ummi have here..salam perkenalan & salam kunjung balas buat ummi juga ya..

    ReplyDelete
  8. adoiiiii sedapnya lauk pauk simple tapi mampu bergelora perut nih

    ReplyDelete