Sunday 20 March 2011

Bila Imad, Si Mat Cool Bertanya.....

Kisah satu 
Bentak tu apa mi…?”  Imad bertanya  ketika aku menyidai baju di luar hadapan rumah.
“ Mmm.. macam Imad tak puas hati apabila abah cabut plug TV.  Pada hal Imad dah setkan ‘ record ‘ pada rancangan kartun  ‘One Piece’.”  Kemudian aku hentakkan kaki  ke lantai beberapa kali,   Tum…tum..tum.. .  bunyinya.  
“ Nanti Imad tak tahulah apa ceritanya!“  Nada suara ku seperti orang merungut  sambil memuncungkan mulut, mengecilkan mata dan mengerutkan kening, mengajuk cara yang selalu dilakukan Imad , setiap kali dia  tidak berpuas hati.
Imad ketawa terkekek-kekek gelihati dengan lagakku.  Mungkin membayangkan betapa ‘buruknya’ rupa dia  ketika mogok.
“ Alah…. ummi niiii.. wakaka. ”  Aku pun turut ketawa bersama, memecah suasana sunyi  selepas  bersarapan pagi.
Ku usap rambutnya yang sememangnya tegak mencacak. 
“Imad tau tak?  Kalau hari-hari Imad hentak kaki macam tu, nanti berlubang semua lantai rumah kita.    Berdosa tau kalau Imad marah abah macam tu.  Abahkan dah cakap,  abah ‘off ‘ dan cabut plug, sebab nak elak dari terkena petir.  Ingat tak masa kita terlupa nak tutup dan cabut plug?   Rosak modem internet  dan fius utama terbakar .  Bergelap lima jam kita menunggu pekerja TNB datang.  Rugi ooo.. kalau  Malaikat Raqib dah catat apa yang Imad buat kat abah.  Imad dah minta maaf dengan abah belum?”
“ Dah ummi…” Imad tersengeh.
“ Ummi percaya Malaikat ‘Atid beri banyak pahala kepada Imad, sebab Imad dah minta maaf kat abah.”
Tanpa menjawab apa-apa Imad berlalu masuk ke rumah.  Dari luar, aku dapat melihat melalui pintu “sliding“ Imad duduk di sofa panjang di ruang tamu.
Begitulah kebiasaan Imad.   Suka mengekori  ke mana jua aku pergi.  Kalau di dapur,  Imad akan duduk bermain dengan “Turtle”nya.  Kalau aku menonton TV di ruang tamu, Imad akan duduk  menonton sama atau duduk di sudut ruang tamu menyelesaikan kerja sekolahnya, atau melukis , atau terbaring sambil membaca  buku di sofa panjang.   
Ketika aku di bilik tidur utama, Imad akan menonton tv atau berposisi menonggeng atau meniarap membaca buku atau melukis.  Begitulah bila kami tinggal berdua sahaja, sewaktu suamiku pergi kerja ke pejabat atau “out station” atau pergi ke padang golf.
Itulah , Imad anak bongsuku... Imad si Mat Cool.

 

Kisah Dua 

Sedang asyik aku menjahit kain batik pemberian pak busu Fahmi sebulan yang lalu.  Imad datang mengadap.Aku u hentikan dan menekan suis “off” di mesin jahit.  Di tangannya  ada buku  cerita “Cili Padi” , penulisnya bernama Z.A.Imad.   Baru  aku ingat , petang itu, waktu singgah ke kedai buku MPH ,  Imad beria-ia meminta abahnya membelikan buku tersebut.  Aku hairan kerana selalunya Imad minta belikan buku komik naruto.  Bila ku tanya kenapa nak beli buku itu, Imad kata “ Penulis buku itu namanya sama dengan Imad!”    
“Nak apa mad?”  tanyaku perlahan.
“ Boleh tanya?” Imad tersengeh di depan ku.
“Hmm, apa dia?”  Ku perhatikan Imad menyelak beberapa helaian dari buku yang dibacanya.
“Haa! Apa makna angan-angan?”
“ Angan-angan…….Haa! dalam fikiran Imad sekarang ni, Imad ada terfikir, bila abah balik nanti, Imad nak minta abah belikan sepucuk pistol mainan yang ada peluru.   Imad nak pergi ikut abah bila abah ada kerja di Kangar.  Imad nak pergi ke rumah mak tok Nali.  Imad nak tembak ayam, nak tembak kucing.  Bestkan…kan, kan.   Tapi Imad nak simpan di mana pistol itu ya?  Imad perlu mencari tempat yang tinggi supaya Ismaiel  tidak nampak dan tidak jumpa.  Nanti kalau Ismaiel jumpa habislah….apa akan jadi… mungkin pistol tu akan cepat rosak atau mungkin pistol tu, Ismaiel akan kata dia yang punya dan terus dibawa pulang ke rumah pulang. Benda yang belum berlaku tapi Imad dah membayangkannya itu lah namanya angan-angan.”
“Ha Ha ha ha”. Imad ketawa besar mendengar penjelasan ku.  Begitulah jawapan yang aku beri, apabila ditanya anak-anak supaya mereka faham.  Akhirnya aku dan Imad ketawa bersama.  
Mataku melirik memandang riak wajah Imad.  Imad  bangun dan  terus baring di katil ku.  Aku pun terfikir,  inilah peluang untuk mentarbiyahnya.  Lalu aku kaitkan dengan cerita  tadi.
“  Bila abah balik…. Abah tak nak belikan.  sebab pertama:  Imad nak tembak binatang.  Bukan sahaja sakit binatang tu, Imad dapat dosa.   Kedua : Imad bersifat bakhil macam Pak Haji Bakhil dalam cerita P. Ramli.  LOKEK!   Sepatutnya Imad beli  apa juga mainan, mesti  ingat adik Ismaiel, Ibrahim dan Himmah. Mereka tukan adik Imad , sebab Imad dan mereka menyusu dengan Mak Long.   Imad kena sayang mereka.  Imad perlu jaga mereka.”
Bila ku lihat Imad tersenyum sambil menutup mukanya dengan buku yang dibaca, aku bangun dari kerusi di mesin jahit,  menuju ke tempat pembaringan Imad.  Aku duduk di birai katil bersebelahan  Imad. Aku teruskan cerita ku dengan nada suara yang besar dan penuh ekspresi.
“Umi  pun sujud  syukur pada Allah, kerana Allah telah menutup pintu hati abah untuk  tidak bermurah hati,  membelikan Imad pistol.  Maka terselamatlah Imad dari berbuat dosa.  Maka terselamatlah juga Imad dari godaan syaitan.  Itu tandanya Allah sayangkan Imad.  Abah sayangkan Imad.  Ummi sayangkan Imad.”
“Amin!  Amin!... Amin….Amin.”    Sambil tangan ku sapukan ke muka ku, kemudian di muka Imad pula.
Kalau anak sulong ku, Halimah Afiffah ada tentu akan  turut ketawa  sambil mengkategorikan apa yang aku ceritakan tadi sebagai ‘dongeng nasihat mak ngah.

@@@@@@@
Sebagai seorang ibu, aku percaya komunikasi dengan anak-anak penting untuk memupuk hubungan yang erat di dalam keluarga.  Ciptakan suasana komunikasi bersama anak dalam keadaan mesra, tidak  kaku dan jangan terlalu ‘skema’.  BBerusaha untuk melayani dan menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka akan menjadikan mereka merasa di hargai dan tidak diabaikan.

Wednesday 16 March 2011

haa..haa..antu kut...mcm2 boleh jadi...hii

 Kisah antu kut nak gek ikut abah pi keje ke Ipoh n Penang.
Dari Ipoh jam 6 ptg.
Naza tak sihat...sikit je, abah kenalah "pandu perlahan" 
bukan mcm selalu:" pandu laju, asal jiwa selamat dan cepat sampai"

 
Ngantok...nak jalan pun dah tak larat. Perut lapar, ikut je.
haa..tak ramai orang pun!
Lihat jam di tangan.. ooh dah 10.10 mlm.
Okeylah...makanan yang diorder cepat dimasak. 




  order nasi goreng biasa.... tapi macam 
nasi goreng sayur je...
Nasi Goreng sama banyak ngan Sayur
sempatlah ketepikan sayur...tapi kena marah ngan abah.
nak tak nak, kena telan gek...tapi tak leh abis, nasi banyak sangat.
senoonya tak leh nak telan...sebab sayur....
kalau Ateh, Anjang, Mama ada mezti kene makan ooo..
Ude marah gek, tapi ude bezt sikit..ude suka sayur... 
nanti ude boleh ambil sayur kat nasi 


hajat nak oder makanan tuk bawa balik
tapi...tengoklah kat belakang tu member restoran ....dah mop lantai...
tukang masak dah angkat kaki.. pulang. 
haaaa haaa kedai nak tutuplah...
kat mana nak cari makan lagi...yaaa


Alhamdulillah, abah berhenti kat sini....nak beli air mineral..
heee...ada peluang beli makanan.
mmmmm beli roti sambal ikan bilis.....
buat mengalas perut petang esok,
sementara tunggu abah abis kerja jam 6 petang...
mcm tulah kalau ikut abah.... duk berkubang kat dlm bilik hotel je.
Lepas abah balik kerja baru boleh jalan.
habis dah cerita antu kut....

(kucingorengemok:  dah tau apa makna antu kutkan!?) 











Saturday 12 March 2011

HARAPANKU 10 TAHUN KEHADAPAN



Khas buat anak-anak tersayang.
Ummi insan biasa. Tak punya apa-apa keistimewaan. Punya banyak kelemahan. 10 tahun akan datang usia ummi sudah menjangkau usia 60an.  Entahkah hidup,  entahkah mati.  Walau apa pun ketentuan Allah, ummi tetap mempunyai harapan, agar anak-anak ummi akan menjadi anak yang Soleh.  Saling berkasih sayang dan sentiasa berhubung, walau jauh mana tempat tinggal kalian. Tak kira siapa yang tua atau yang muda sentiasa memberikan nasihat.  Mungkin ketika itu, ada di antara kalian yang "...punya uang berjuta-juta.." harus punya sifat pemurah. 


Kalian harus berpegang teguh pada AlQuran dan As Sunnah.


Ummi juga berharap di beri kesempatan oleh Allah, untuk melihat anak-anak ummi hidup di dalam keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah. Ummi dapat menimang dan mendengar gelak tawa cucu cucu yang menghiburkan.


Ummi sentiasa berdoa.  "Ya ....Allah,  aku insan yang lemah di sisi Mu.  Harapan ku, pada Mu yang Maha Pemurah agar ampunkan dosa-dosa ku, suamiku, anak-anak ku: Halimah 'Afiffah; Khairina; Abdullah Fatih dan Muhammad 'Imaduddin.  Harmonikanlah hidup kami dengan deen Mu. Kekalkanlah Iman kami sehingga kami dipanggil pulang oleh Mu.  Himpunkanlah kami, Ya Allah, di syurga Mu nanti..... Amin."