"Ummi tak sihat, pening kepala dan sakit perut.." Itulah pesanan sms yang dikirim kepada (JAR) suamiku, jam 1.30 petang. Kebetulan JAR buat audit kat pejabat KLIA. Tak sampai 5 minit, ku terima balasan darinya "Okey" ringkas je.
Dalam otak berfikir juga... tu je dia jawab? Tak naklah.... talipon kejap, tanya kabar kita yang menonggeng sakit perut dan pening kepala ...rasa macam nak muntah pun ada...! Mesti dia tengah makan dengan kawan atau .....audit tak abis lagi ke? Ishhhh!..apalak berprasangka macam tu sekali....." Astafirullah!...."
Tanganku menarik laci meja study yang sedepa jaraknya dari katil, mencari ubat sakit perut -' Pil Chi Kit Teck Aun'. Ubat bekalan (sakit perut) dari 'Bomoh Geee' (BeeGee), udah jadi milik Reeen si anak Anyer. Tak teringat nak minta ubat sakit perut semasa singgah jumpa Bee Gee di klinik Bt 9, Cheras pagi tadi. Taklah disangka sebegini teruknya. Entah makan apa ya....? Agaknya makan sambal belacan banyak sangat semasa buka puasa. Taklah boleh menyalahkan orang yang membuat sambal. Salah diri sendiri. Kalau BeeGee tau mesti kata " Makan banyak2! bocor perut jangan minta ubat kat aku!" Biasanya aku akan hanya tersengeh. Walau selalu kena leter dengan BeeGee, aku akan tetap dapat ubat yang baik punya.... Heeee.
Selepas makan ubat, aku cuba lelapkan mata. Dalam posisi badan baring merekut... aku terjaga. Handphone di meja berbunyi. JAR di talian. " Dah okey?... Saya ambil Imad dan terus pi "Seniman Cornet". Awak nak makan apa?" Dengan suara yang lemah aku menjawab " Apa-apa jelah...."
"Ummiii...." suara Imad perlahan, berdiri di tepi katil. "Sakit Perut lagi? Abah belikan ummi mee sop, nak makan sekarang ke? Abah goreng telur dadar... ummi nak? Jomlah makan sama..." Imad berlalu setelah menerima pesanan agar makan dahulu dan tinggalkan sedikit telur dadar.
Semasa JAR dan Imad pulang dari Giant beli barang, aku sedang makan sedikt mee sop dan ....."uuhh!.. masinnya telor dadar ni...." JAR menjawab "Tak pandai nak anggarlah kalau garam halus tak de.... tu yang saya gi beli garam halus." Baru aku teringat... kalau JAR masak, mesti guna garam halus..... dan kalau lauk yang aku masak tawar, dia tak pernah komen. Tapi bila lihat dia buh garam dalam mangkuk lauk ...taulah aku ..........
Ketika sujud aku berdoa:
Ya Rabbiii.
Ku panjatkan syukur kehadrat Ilahi.
Merasai nikmat punya suami.
Prihatin dan punya hati nurani.
Ya...Rabbi,
Kau tautkanlah hati kami.
Dengan ikatan kasih suci lagi murni.
Agar hidup kami sentiasa harmoni.
Ya Rabbii,
Tutupkanlah pintu hati kami
Dari sikap mau menghianati
Rumah tangga yang kami bina ini.
Ya...Rabbiii,
Tutup rapatkan pintu si penyakit hati
Punya niat mau mencerobohi
Kehidupan bahagia yang kami miliki.
Ya Rabbii...
Kepada MU lah harapan kami
Agar bahtera kasih sayang yang kami layari,
Akan berkekalan di syurga Mu nanti
Amin...Amin ya Rabbi ........